Thursday, January 1, 2015

selamat tahun baru

untuk sebuah perjalanan yang penuh warna warni pada hitam putih sebuah kehidupan
mudah mudahan selamat semuanya...



gambar kredit: ig @ds_patisserie

ya kek ni untuk dijual. hehe.

rainbow cake. rm6/slice.

esok, jumaat, boleh dapatkan di @classyuniquedeco - sungai petani. 
berhampiran stesen teksi dan osman store.

sabtu boleh dapatkan di @kitchenchek - bazaar timah, kg sg seluang seberang, lunas.

jom jom....~!!


#kitchenchek

Tuesday, December 24, 2013

gulai lemak udang dengan belimbing buluh





resepi kali ni sebenarnya diamik dari belog tiffinbiru
tapi diubahsuai sikit mengikut kepada kesesuaian dan keberadaan bahan

dua mggu lepas, ada gathering dengan kawan kawan sekolah.
puan iza, salah sorang kawan, bagi seplastik belimbing buluh
ada dalam dua puluh biji

so diberi cadangan oleh puan faridatul untuk buat gulai lemak ni

and here goes the recipe

bahan-bahan
1/2 kilo udang saiz sederhana
15 biji belimbing buluh
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit disiat
2 keping asam keping aka asam gelugoq
1/2 kati santan
garam 
gula 

bahan kisar halus / tumbuk lumat
3 biji cabai merah
8 biji cabai melaka
1/2 inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

cara masak
bersihkan udang
belah dua belimbing buluh (tapi tak putus)
masuk udang dalam periuk bersama serai, asam keping, dan bahan tumbuk lumat
gaul dan masak sampai udang berubah warna
masukkan santan
tambah air jika perlu
masuk daun kunyir, garam dan gula secukup rasa
masak api perlahan dan kacau sentiasa
masuk belimbing
masak sekejap
siap dimasak
sedia untuk dihidang

selamat mencoba! :)



Monday, December 16, 2013

sambal sayur - bila tempoyak dan petai bergabung. meletop! hihi



resepi sambal sayur ni sy amik dari sorang kawan masa sy belajar di perak dulu. kawan sy tu orang pahang. ramai yg suka makan sambal sayur ni, pd yg minat sayur la kan. hehe. kalau tgk gmbr, mmg rupanya sedikit huduh. tp, belum try belum tauu.. hihi...

so here goes the recipe:

bahan
daun kunyit
daun kaduk
petai
tempoyak
bawang besar
ikan bilis
cabai melaka
santan
gula
garam
minyak masak

cara membuatnya
tumbuk bawang besar dan cabai melaka sampai lumat
gaulkan dengan tempoyak
panaskan minyak dalam kuali
tumis/goreng bahan yang dah digaul tadi
godek godek sampai masak
masukkan ikan bilis, gaulkan bg ikan bilis masak skejap
masukkan daun kunyit dan daun kaduk yang dihiris halus
masukkan petai
masukkan santan
gaul sebati
tambah garam dan gula secukupnya
biarkan masak seketika untuk sayur melembut
siap dan sedia dihidangkan..

makan dengan nasi panas dan ikan goreng.
mmg padepoww!
hiuhiuhu.. selamat mencoba! (^.^)