Sunday, April 18, 2010

Kari Puyuh a.k.a. Gulai Puyuh


Kari Puyuh
(orang kampung chek panggey Gulai Puyuh)

Bahan A
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bunga Cengkih

Bahan B (dihiris)
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia

Bahan C (ditumbuk)
Bawang besar
Halia
Bawang Putih

Bahan D
Pati Santan
Serbuk Kari
Asam Jawa

Bahan lain
Santan
Gula
Garam
Kerisik
Air
Daun kari
Puyuh

Cara memasak
1. Tumis Bahan A sampai wangi.
2. Tumis Bahan B sehingga kemerah2an.
3. Gaulkan Bahan C bersama Bahan D dan masukkan ke dalam kuali. Biarkan sehingga rempah menjadi garing/masak.
4. Masukkan puyuh dan sebatikan bersama rempah yg dah dimasak.
5. Tuangkan santan dan sedikit air.
6. Masukkan gula, garam dan kerisik secukupnya.
7. Biarkan mendidih dan pecah minyak.
8. Sedia untuk dihidang~

Selamat mencoba ye (^-^)

*sori la, resepi asik berasaskan puyuh la pulak kan, hehehe. ciksarah ke pasar pagi di penaga bersama puan KecIk untuk membeli puyuh pagi tadi.. huhu~ cheers... (^_*)


1 comment:

cik ayu said...

sarah, kuali ko sungguh klasik skali.. i like~ tu yg buat sedap tuh..