Resipi Char Kuey Teow
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN
UNTUK KUAH KICAP
air
kicap manis
kicap pekat
kicap cair
sos tiram
sos nampla(sos sotong)
gula merah
gula putih(jika perlu)
udang ( 5 ekor) .
UNTUK SAMBAL
10 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 biji bawang merah
1 sudu belacan
cili kering(kuantiti agak-agak.kalau nak pedas, letaklah banyak)
garam&gula(secukup rasa)
udang (5 ekor) - udang untuk sambal merupakan udang yang sama dengan udang rebusan kuah kicap tadi
LAIN-LAIN
kueyteow kecil
minyak masak
taugeh
telur
daun bawang + bawang goreng
udang
kerang(jikalau suka)
OKAY, Cara-cara penyediaan :
untuk kuah kicap
- rebus udang dalam air sehingga udang masak.(kuatiti air-air kira 1 jag)
- keluarkan udang (kiranya kita pakai air rebusan udang saja)
- masukkan manis 1 senduk, kicap pekat dan kicap cair(1/2 senduk)
- masukkan sos tiram (2-3 sudu) & sos nampla (2-3 sudu)
- masukkan gula merah
- masukkan gula putih(jika perlu)
- tunggu sehingga mendidih.
- siap bahagian kuah kicap
untuk sambal
- udang yang direbus tadi di blend bersama bahan-bahan yang tersebut di atas.
- siap bahagian kuah sambal
okay . sekarang
Cara-cara untuk menggoreng
- panaskan minyak
- masukkan sambal 1-2 sudu besar
- masukkan udang + kerang
- masukkan taugeh
- masukkan kuah kicap (2-3 senduk)
- masukkan kueyteow (1 genggam kecil)
- pecahkan telur
- dan terus angkat
- letakkan dalam pinggan dan taburkan bawang goreng dan daun bawang
Tips lain .
kuatkan api waktu menggoreng , goreng satu-per-satu pinggan dan hidangkan sewaktu panas. hidangkan juga dengan cili jeruk. tapi cili jeruk saya taktau buat macam mana ! hoho. kalau cili padi potong letakkan dengan kicap dan picit asam limau pun okay juga :) okay dah sekiannn!
1 comment:
yummie~
Post a Comment