Friday, May 21, 2010

emping kerabu

resepi turun temurun toknenek clan sungai layaq saya (^_^). sgtlah enak~ (di lidah dan tekak saya la kan, huhu) tapi sungguh renyah sekali nak menyediakannya... br skali sy buat. 5 hari baru siap! hehe. tp sy suka. (sbnrnya xperlu byk hari sgt, tp almaklom la kan.. career lady, bz2 keje kononnya, so satu hari goreng satu bende je.. hehe) resepi diperoleh dari 'makngah' saya yg lebih dikenali sbg 'mamadaddy' dr aloqstaq. maklong sy pun pandai masak tp blom sempat dptkan petua dr dia lagi. mgkin utk penyediaan kali kedua nnt bole mntk petua maklong pulak ok (^_~) o ye, maaf gmbrnya, kurang menarik.. dah last kopek br tringt nk amik gmbr. dr satu balang tggal sebekas kecik tu ja (spare utk tok guru, tah bila la nk p loqstaq lagi tu...) abes ku bedak2 kat adik bradik mana yg berkesempatan dijumpai, hehe.. so here it goes...



bahan-bahan
emping
kelapa parut
ikan talang masin
udang kering
bawang merah
serai
lengkuas
cili kering
gula


cara menyediakan
1. emping, kelapa parut, ikan talang masin, udang kering, digoreng kering berasingkan. bawang merah diracik dan digoreng dengan minyak utk dijadikan bwg goreng. kalau malas, leh ja beli yg dh siap kat kedai, hehe
2. mesin/blend kering ikan talang masin, udang kering, dan kelapa parut. (kelapa parut dibiarkan sejuk dahulu sebelum diblend. kalau blend panas nnt jd berminyak mcm kerisik la pulak kan...)
3. blend kering serai dan lengkuas. tumis dgn sedikit minyak (sikit ja.. nk bg naik bau wangi je ok..) sehingga sedikit garing. (api maintain kecik je ok..)
4. masukkan emping yg telah digoreng dan gaul rata.
5. masukkan cili kering yang telah dipotong kecik2 (gunting lg senang kot...~) dan gaul rata.
6. masukkan ikan talang masin dan udang kering yang telah diblend dan gaul rata.
7. masukkan kelapa parut yang telah diblend dan gaul rata.
8. masukkan bawang goreng dan gaul rata.
9. masukkan sedikit gula dan gaul rata (lagi!)
10. dan confirm sedap, bleh la ditotop apinya dan biarkan sejuk skit sebelum simpan dlm bekas.
11. sedia dimakan begitu saja sebagai appertizer atau sebagai jajan (^___^)



slmt mencoba~!!


p/s: amount tu agak2 la ye. tp ritu sy wat, stengah kilo emping guna stengah kilo kelapa parut. ikan masin dan udang kering, terpulang, kalau nk masin buh le byk2. cili kering pun sama, kalau nk pedas, sila gunting lebih. gula tu satu sudu pun dh ok rsnya. tp kalau nk manis lg, boleh la ditambah. tp kat tv selalu pesan. kurangkan gula dalam minuman makanan, lebihkan manis dalam senyuman~ hehe.. (^______^)
p/p/s: bole tahan sampai 2-3 minggu on-shelf, tu kalau xda org makan la, selalunya 3-4 hari dh abes kot! huhu~


No comments: