Monday, December 31, 2012

Meatball N Gravy ( inspired meatball ikea)

Bahan2 untuk meatball : (rujuk meatball fazira)
500 gm daging
200 gm udang yg dibuang kulit
2-3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Tepung ubi
Kiub daging

Cara:
Blend udang, bawang, tepung, kiub. Gaulkan bahan blend bersama daging dan lada hitam
Bentukkan menjadi meatball.
Rebuskan dalam air yg sedia mendidih
Tunggu sehingga masak(meatball alan timbul di permukaan)

**Goreng meatball dgn minyak sikit dan sentiasa alih2 kalau suka garing(optional)

Gravy :
Bahan-bahan:
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
Bawang kuning sebiji(dadu)
Tomato dua (dadu)
2 cawan air sejuk
1/2 cawan susu cair/fresh milk
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam kasar
1 kiub pati ayam
1 kiub pati daging
Sedikit gula

Cara:
Letak mentega,
Tumis bawang kuning sehingga layu,
Masukkan tomato sehingga berwarna kekuningan,
Masukkan air sejuk, susu cair, kesemua sos dan kicap, pati ayam n daging,
Gaulkan sentiasa supaya ia tidak berketul-ketul,
Jika kurang masin boleh tambahkan garam,
Agak sebati, angkat dan blend
Seterusnya...
Masak sekali lagi sehinga mendidih.
*kalau pekat tambahkan air, kalau cair tambahkan tepung jagung.

Hidangkan meatball ditaburi gravy homemade bersama kentang goreng panas dan jem .

Siap !!!

Wednesday, June 6, 2012

emping kerabu - reposting dengan gambar baru~ :)

percubaan kali kedua menghasilkan emping kerabu. hihi. kali ini saya dapat hasilkan dalam masa setengah hari saja, berbanding lima hari pada percubaan kali pertama sebelum ini. haha. apa yang penting? kejesame~ hihi. bukan... determination. yaa.. itu yg penting.. dan juga keizinan dariNya ^.~



bahan-bahan 
emping
kelapa parut
ikan talang masin
udang kering
bawang merah
serai
lengkuas
cili kering
gula

cara menyediakan 
1. emping, kelapa parut, ikan talang masin, udang kering, digoreng kering berasingkan. bawang merah diracik dan digoreng dengan minyak utk dijadikan bwg goreng. kalau malas, leh ja beli yg dh siap kat kedai, hehe
2. mesin/blend kering ikan talang masin, udang kering, dan kelapa parut. (kelapa parut dibiarkan sejuk dahulu sebelum diblend. kalau blend panas nnt jd berminyak mcm kerisik la pulak kan...)
3. blend kering serai dan lengkuas. tumis dgn sedikit minyak (sikit ja.. nk bg naik bau wangi je ok..) sehingga sedikit garing. (api maintain kecik je ok..)
4. masukkan emping yg telah digoreng dan gaul rata.
5. masukkan cili kering yang telah dipotong kecik2 (gunting lg senang kot...~) dan gaul rata.
6. masukkan ikan talang masin dan udang kering yang telah diblend dan gaul rata.
7. masukkan kelapa parut yang telah diblend dan gaul rata.
8. masukkan bawang goreng dan gaul rata.
9. masukkan sedikit gula dan gaul rata (lagi!)
10. dah confirm sedap, bleh la ditotop apinya dan biarkan sejuk skit sebelum simpan dlm bekas.
11. sedia dimakan begitu saja sebagai appertizer atau sebagai jajan (^___^)

*fuhh.. dh lama tak hapdet belog ini. kawan² sekalian, ayohlah posting lagi. kerna sy pasti kalian mmg rajin memasak, cuma tak brp rajin nk amik gmbr makanan dan kongsi resepinya di sini ;P

Monday, May 16, 2011

Nasi Lemuni


haipp.. hehe... tempting tak. huhu. sorri, agak blur, pakai henpon saja. kamera besar tu nina cilok bawak p putrajaya.

resepi kali ini, cikgunya: kak ti. dia ni mmg suka sgt memasak. so pagi tu, xtau nk call sapa, mmg tringt kat dia ja, sbb mmg dh bole agak, dia mesti tau resepi nk masak menda ni. hehe. nasik lemuni. yummie~ ada mcm² kaedah nk masak. ni salah satunya la kot kan. takde yg salah, xde yg betul pd sy. yg penting, selamat dan enak utk dimakan. utk hidangan kali ni, sy masak nasik lemuni bersama sambal tumis kosong. dihidang dgn hirisan timun, telur rebus dan jugak ayam goreng berempah + papadom (tp lupa nk masukkan dlm gmbr).. hehe. so here goes the recipe:

bahan² utk NASI LEMUNI dan cara memasaknya:
beras
air
santan
daun lemuni (dikisar utk mendapatkan airnya)
bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
buah pelaga
minyak masak
bawang merah (ditumbuk lumat)
bawang putih (ditumbuk lumat)
halia (ditumbuk lumat)
serai (ketuk² manja saje)
daun pandan (dicarik-carik)
garam

basuh beras dan asingkan.
tumis bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis sampai wangi.
tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun pandan sampai keperangan.
masukkan air daun lemuni secukupnya.
tambahkan air biasa jika perlu.
biarkan mendidih.
masukkan beras.
bila hampir kering, masukkan santan.
perlahankan api dan kacau sebati.
biar sampai masak (sy alihkan ke dalam rice cooker)

bahan untuk SAMBAL TUMIS dan cara memasaknya:
cili kering (potong, buang biji, rendam air panas, kisar)
bawang besar (dikisar bersama cili kering)
asam jawa (diperah airnya)
sos tiram
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
minyak masak
garam
gula

tumis bawang merah dan bawang putih sampai keperangan.
masukkan cili kering dan bawang besar.
biarkan masak sampai pecah minyak.
masukkan air asam jawa dan sos tiram.
masukkan garam dan gula secukupnya.

(ada jugak resepi Sambal Tumis Ikan Sardin di sini. sama saja ^^)


bahan² utk AYAM GORENG BEREMPAH dan cara membuatnya:
ayam
bawang besar (dikisar)
halia (dikisar)
jintan putih
garam
kunyit
daun kari

perapkan ayam dengan semua bahan.
goreng dengan minyak yg banyak sampai garing.
sedia dihidang

ada jugak resepi Puyuh Goreng Berempah di sini. bole jugak buat mcm ni~)

^^

ok. tu saje. selamat mencuba~ ;)

dan selamat hari guru~!!!