Showing posts with label meat. Show all posts
Showing posts with label meat. Show all posts

Friday, November 1, 2013

scotch eggs (telur dibungkus kot? hehe)

helo helo

resepi kali ni, belajar dari food network channel jugak. tak brp ingt dalam rancangan apa. mgkin dalam all you can eat. dan resepi ni direfine dari belog via encik gugel, mcm biasa la kan, hehe..


bahan bahan
telur
daging cincang
bawang
thymes
parsley
lada sulah
kicap perasa
tepung gandum
bread crumb
salad, tomato dan thousand island untuk garnish

cara membuatnya
rebus telur sampai hard boiled
sejukkan sekejap
kupas kulit dan ketepikan
gaul daging cincang dengan bawang besar yang dipotong dadu kecil
masukkan thymes, parsley, lada sulah, kicap perasa
gaul sebati
balut telur rebus dengan daging yang dh digaul tadi
golekkan dalam tepung gandum
golekkan dalam egg wash
golekkan dalam bread crumb
goreng dengan minyak panas yang banyak, api perlahan
angkat dan tos minyak
sedia untuk dihidang bersama salad, dan apa² garnish yang dirasa sesuai

*kalau ikut dalam resepi, elok guna thymes dan parsley segar yang dicincang, dan juga daun bawang yang dicincang untuk digaulkan dengan daging. tapi kat rumah takdak menda² tu pagi tadi, so guna saja apa yang ada.. dan kena deep fry, tapi sy kedekut minyak, buh skit saja, alih²kan bila dah keemas emasan ye.. hihi.. sekian.

p.s: next time boleh try dgn teloq poyoh. sep skit kot kan, somel somel, kecik kecik. huhu.

selamat mencoba!!

yum yum~



Thursday, July 11, 2013

cottage pie (lagi. haha) edisi kedua

ehem.

lebih kepada nak post gambar saja. hehe.

ini adalah cottage pie edisi kedua.

kali ni, saya guna inti mcm lauk spagetti bolognese.

resepi boleh amik kat sini atau kat sini

sekian. terima kasih.

hehe.

selamat mencoba!




ps: topping cheese nampak lebih meriah kali ni sbb saya guna cheddar cheese block yang diparut sendiri. sebelum ni, saya guna ready grated cheddar cheese. huhu~


Monday, December 31, 2012

Meatball N Gravy ( inspired meatball ikea)

Bahan2 untuk meatball : (rujuk meatball fazira)
500 gm daging
200 gm udang yg dibuang kulit
2-3 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Tepung ubi
Kiub daging

Cara:
Blend udang, bawang, tepung, kiub. Gaulkan bahan blend bersama daging dan lada hitam
Bentukkan menjadi meatball.
Rebuskan dalam air yg sedia mendidih
Tunggu sehingga masak(meatball alan timbul di permukaan)

**Goreng meatball dgn minyak sikit dan sentiasa alih2 kalau suka garing(optional)

Gravy :
Bahan-bahan:
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
Bawang kuning sebiji(dadu)
Tomato dua (dadu)
2 cawan air sejuk
1/2 cawan susu cair/fresh milk
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam kasar
1 kiub pati ayam
1 kiub pati daging
Sedikit gula

Cara:
Letak mentega,
Tumis bawang kuning sehingga layu,
Masukkan tomato sehingga berwarna kekuningan,
Masukkan air sejuk, susu cair, kesemua sos dan kicap, pati ayam n daging,
Gaulkan sentiasa supaya ia tidak berketul-ketul,
Jika kurang masin boleh tambahkan garam,
Agak sebati, angkat dan blend
Seterusnya...
Masak sekali lagi sehinga mendidih.
*kalau pekat tambahkan air, kalau cair tambahkan tepung jagung.

Hidangkan meatball ditaburi gravy homemade bersama kentang goreng panas dan jem .

Siap !!!

Tuesday, April 12, 2011

ayam golek pengantin

resepi ni, bljrnya dari makteh. dia mmg expert dlm memasak ayam golek pengantin ni. dh dia bg nama ayam golek pengantin, so i folo je (^___^)

tp dlm resepi kat kitchenchek ni, mntk maaf la ye, dh modify skit. ayamnya x digolekkan atas sebab2 yg x dpt dielakkan. hehe..

dan maaf jugak, sbb gmbrnye kureng cun. guna kamera henpon 2.0megapixel saje~
dan disebabkan resepi ni bljr direct ngn tok guru, jdnya ada sukatan. kalau resepi sendiri, mana ada sukatan2 ni, huhu... hentam kromo sajee~

sy abadikan resepi ni di blog ni sbb setiap kali nk masak asik terlupa sukatannya, nk kena telipon tok guru. so pasni, kalau sy nk masak, bole cek kat sini saja. hehe. jgn blogger.com go benkrap dan tutup site ni sudahlahh... :P

ok.. here goes the recipe:

sukatan berikut adalah untuk 1 ekor ayam

bahan A
8 ulas bawang putih
4 sudu besar jintan putih
2 inci halia

bahan B
1/2 kilo santan
4 sudu lada hitam yang ditumbuk kasar
perahan air asam jawa
garam
gula
air

cara memasak:

1. tumbuk bahan A hingga hampir lumat. dan perapkan ayam dengan bahan tersebut. biarkan seketika (terpulang la seketika tu brp lama pun, x kisah sgt, kalau rajin, biarkan 1 jam. kalau malas nk tunggu, 2-3 minit pun dh ok.. terpulang)
2. masukkan ayam yg telah siap diperap ke dalam kuali
3. pasangkan api dan biarkan ayam masak seketika.
4. agak² dh masak bhgn luar ayam tu, perlahankan api seperlahan yang mungkin. ** yg ni penting, api tu kena pastikan mmg perlahan je ye..
5. masukkan santan dan tambahkan air secukupnya
6. masukkan perahan air asam jawa, garam dan gula secukupnya
7. masukkan lada hitam (kalau nk lebih pedas, bole je lebihkan lada ni ok)
8. perlahan lahan siramkan santan ke atas ayam dan sentiasa pastikan santan dikacau sebaiknya supaya tak pecah kepala santan dan hangit kat bhgn bawah. (mmg part ni mcm bosan skit, tp hasilnya nnt mmg kebaboom.. huhu. so, sobar yo lah yo..)
9. teruskan menyiram ayam sampai pecah minyak.
10. boleh dihidang bersama salad dan timun
11. nasi palembang dan nasi tomato mmg ngam dgn ayam ni. tp kalau xda, ns putih pun sgt ngam sudah... ^^

selamat mencoba~


gmbr mmg x santek. sorilah. tp sy jamin, ayam ni mmg sodap, hehe.


Tuesday, September 28, 2010

nasi tomato + ayam masak merah


Resipi untuk nasi tomato
4-5 orang
Bahan-bahan
[i]
500 gram Beras Basmathi
Air
2 Sudu Margarine / Minyak Sapi
3-4 Sudu Tomato Puree
40g Kismis
Garam secukup rasa

Bahan [ii]
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bawang besar(hiris)

Bahan [iii]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inch halia
*BLEND Bahan [iii]*

CARA-CARA
1. panaskan minyak, tumis bahan [ii]
2 masukkan bahan [iii], dan kacau
3. masukkan puree tomato , kacau
4. pindahkan bahan tumisan ke rice cooker
5. masukkan beras
6. kacau sehingga sebati
7. masukkan air ( sukat beras , dan kuantiti air lebih sikit pada beras)
8. masukkan garam secukup rasa
9. tunggu dan SIAP!
****************************************
resipi ayam masak merah pula!
bahan-bahan

untuk bahan i dan cara i
5-6 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu kecil garam
** Perap ayam dengan bahan-bahan selama 1-2 jam **
**kemudian goreng sehingga 3/4 masak dan toskan.**

bahan ii
4-5 sudu sos tomato
3 sudu besar tomato puri
2 besar bawang besar(hiris halus)
2 sudu besar biji ketumbar
1 suku kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
minyak masak
garam
gula pasir

bahan iii
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

untuk bahan iv- kisar
5 cili merah (nak pedas tambah lagi)
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1inch halia

okay kita ke cara-cara
1. lepas bahan i dan cara i settle, teruskan ke cara-cara nombor 2 seterusnya,
2. tumis bawang besar dan bahan iii
3. masukkan bahan iv
4. masukkan jintan-jintan dan ketumbar, kacau.
5. masukkan sos, puree tomato, garam, gula pasir, gaul.
6. masukkan ayam yang dah digoreng(bahan i tadi)
7. SIAP!


Photobucket

Beriyani Ayam + Kambing masak lada hitam


Ini pulak nasi beriyani ayam versi paling simple di dunia!
hehehe.
sebab simple sgt,
maybe
boleh terus kepada cara-cara mungkin?
hehehe
okay lah bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti

1. rempah beriyani maggi yang boleh dibeli di mana-mana sahaja!
2. belakang tu ada bahan yang perlu beli iaitu beras dan ayam saja

lepas tu.
apa yang perlu buat
1. basuh beras. basuh ayam
2. tumis rempah beriyani.
[tapi saya ada modify sikit dengan masukkan bawang putih, bawang merah dan hiris halia sebelum tumis rempah instant beriyani tu]
3. kemudian masukkan beras
4. masuk ayam
5. SIAP!

tips lain= sama!
saya tumis bawang+rempah atas dapur gas
kemudian baru pindahkan masuk rice cooker.

OKAY

disebabkan senang sangat nasi beriyani simple ni
saya share resipi daging kambing masak lada hitam pun simple jugak.

DAGING MASAK LADA HITAM

okay kita pergi kepada bahan-bahan
5-6 biji bawang merah(hiris halus)
300 gram daging kambing
kicap manis cap kipas udang
lada hitam(tumbuk)
air
minyak masak
capsicum(potong empat segi)
bawang besar (potong bulat)
garam+gula secukup rasa

cara-cara
1. tumis bawang merah dalam minyak panas
2. masukkan daging kambing
3. masukkan air dan kicap manis lebih kurang 1 sudu
Rebus sehingga kambing betul-betul lembut
(sentiasa tambahkan air)
4. kemudian bila daging dah lembut, biarkan air tersejat
(air jgn banyak sgt, bg ala kadar cukup)
5. masukkan garam+gula
6. masukkan lada hitam yang ditumbuk
7. masukkan capsicum+bawang besar
8. masukkan garam+gula
SIAP!


Photobucket

Nasi Daging


Hai!
ini adalah resipi nasi daging versi ... erm versi simple mungkin!
dalam gambar nasi daging termasuk air asam + dalca + jelatah ( tapi pakai nanas & bawang saja)
okay here we go

Bahan-bahan diperlukan
[kalau untuk disediakan untuk 3-4 orang]

500 gram Beras Basmatahi
1/4 KG Daging [ bahagian rimau nangis! ]
1 bungkus sup bunjut
1 sudu besar rempah kurma
1 inch halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
mentega/minyak sapi
1/2 cawan tomato soup [heinz] - ini optional
1 cawan susu cair
garam secukup rasa

cara-cara pulak :
1. rebus daging + sup bunjut + serbuk kurma + garam sehingga empuk sakan!
[ air rebusan daging jgn dibuang, diguna balik masa pakai nasik ]
2. sekarang tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga
3. masuk beras [yg telah basuh ] , air rebusan daging.
4. kendian, masukkan tomato soup+susu cair
5. kacau dannnnnnnnn tunggu sehingga siap!

tips lain
1. sukat beras & air.
kalau saya letak beras 2 cup.
air pun 2 cup lebih sikit(sikit saja)

2. saya tumis atas dapur gas
kemudian baru pindah masuk rice cooker.
senang masuk rice cooker ni banding masak atas dapur

kan!
senang dan siap!

untuk dalca dan air asam.
takperlu la sebab maincourse adalah
nasi daging kan.
okay bye!
selamat mencuba.

Photobucket

Thursday, July 15, 2010

ChickenPie :)

ini chicken pie dan inti nya di dalam.
baru keluar oven ni.
saya tersilap post pulak di belog personal.
dah kena tegor dengan tuan punya badan ini belog.

hoho okay and ini dia resipi untuk chicken pie versi saya .


untuk inti

ayam dipotong kecil ( 18 pun okey)
bawang besar ( satu didadu, dua dipotong 4)
bawang putih (dihiris halus)
carrot ( dipotong bulat dan nipis)
baby jagung (dipotong bulat)
capsisum( merah and hijau, xkisah. potong dadu)
ubi kentang
bunga kobis
lada hitam
lada sulah
sos tiram
sos tomato
tepung jagung

untuk pastry/doh

saya beli yang readymade saja. buat sendiri , sila rujuk kat resipi lain yea (hoho) i tell yOu, senang kot pakai yang readymade. bau pun menyelerakan.

********************************************************
okay next, cara-cara memasak chicken pie versi saya.
untuk inti
1. tumis minyak dengan bawang putih dan bawang besar(potong dadu)
2. masukkan ayam
3. agak-agak masak masukkan ramuan sayur-sayuran tu
4. letakkan sostiram(besar 50 sen aja), sos tomato( besar 50sen aja), lada sulah dan lada hitam sikit
5. kalau ada mix herbs pun boleh campur sekali** kemudian garam+gula secukup rasa**
6. last sekali,masukkan tepung jagung sedikit untuk likatkan inti tadi. (senang nak buat inti.

okay dah. cara-cara buat pastry takpayah terangkan la kot kan? hihi.
okay cara nak masukkan dalam acuan pastry

1. keluarkan pastry readymade tu dan penuhkan bahagian bawah acuan tersebut.
2. kemudian, letakkan isi inti tadi penuh dalam acuan. kemudian tutup balik isi dengan doh(readymade) tu. lebihan doh boleh dibuat hiasan di atas pastry.
3. last sekali, sapu keseluruan permukaan pie yang belum siap tu dengan kuning telur.

okay settle.
sekarang boleh bakar
panaskan ketuhar pada 170degree.
dan bakar sehingga 20-25 minit
SIAP!

selamat mencuba.