Showing posts with label Rice. Show all posts
Showing posts with label Rice. Show all posts

Tuesday, September 28, 2010

nasi tomato + ayam masak merah


Resipi untuk nasi tomato
4-5 orang
Bahan-bahan
[i]
500 gram Beras Basmathi
Air
2 Sudu Margarine / Minyak Sapi
3-4 Sudu Tomato Puree
40g Kismis
Garam secukup rasa

Bahan [ii]
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bawang besar(hiris)

Bahan [iii]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inch halia
*BLEND Bahan [iii]*

CARA-CARA
1. panaskan minyak, tumis bahan [ii]
2 masukkan bahan [iii], dan kacau
3. masukkan puree tomato , kacau
4. pindahkan bahan tumisan ke rice cooker
5. masukkan beras
6. kacau sehingga sebati
7. masukkan air ( sukat beras , dan kuantiti air lebih sikit pada beras)
8. masukkan garam secukup rasa
9. tunggu dan SIAP!
****************************************
resipi ayam masak merah pula!
bahan-bahan

untuk bahan i dan cara i
5-6 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk rempah kari
1 sudu kecil garam
** Perap ayam dengan bahan-bahan selama 1-2 jam **
**kemudian goreng sehingga 3/4 masak dan toskan.**

bahan ii
4-5 sudu sos tomato
3 sudu besar tomato puri
2 besar bawang besar(hiris halus)
2 sudu besar biji ketumbar
1 suku kecil jintan putih
1/2 sudu kecil jintan manis
minyak masak
garam
gula pasir

bahan iii
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

untuk bahan iv- kisar
5 cili merah (nak pedas tambah lagi)
5-6 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1inch halia

okay kita ke cara-cara
1. lepas bahan i dan cara i settle, teruskan ke cara-cara nombor 2 seterusnya,
2. tumis bawang besar dan bahan iii
3. masukkan bahan iv
4. masukkan jintan-jintan dan ketumbar, kacau.
5. masukkan sos, puree tomato, garam, gula pasir, gaul.
6. masukkan ayam yang dah digoreng(bahan i tadi)
7. SIAP!


Photobucket

Beriyani Ayam + Kambing masak lada hitam


Ini pulak nasi beriyani ayam versi paling simple di dunia!
hehehe.
sebab simple sgt,
maybe
boleh terus kepada cara-cara mungkin?
hehehe
okay lah bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti

1. rempah beriyani maggi yang boleh dibeli di mana-mana sahaja!
2. belakang tu ada bahan yang perlu beli iaitu beras dan ayam saja

lepas tu.
apa yang perlu buat
1. basuh beras. basuh ayam
2. tumis rempah beriyani.
[tapi saya ada modify sikit dengan masukkan bawang putih, bawang merah dan hiris halia sebelum tumis rempah instant beriyani tu]
3. kemudian masukkan beras
4. masuk ayam
5. SIAP!

tips lain= sama!
saya tumis bawang+rempah atas dapur gas
kemudian baru pindahkan masuk rice cooker.

OKAY

disebabkan senang sangat nasi beriyani simple ni
saya share resipi daging kambing masak lada hitam pun simple jugak.

DAGING MASAK LADA HITAM

okay kita pergi kepada bahan-bahan
5-6 biji bawang merah(hiris halus)
300 gram daging kambing
kicap manis cap kipas udang
lada hitam(tumbuk)
air
minyak masak
capsicum(potong empat segi)
bawang besar (potong bulat)
garam+gula secukup rasa

cara-cara
1. tumis bawang merah dalam minyak panas
2. masukkan daging kambing
3. masukkan air dan kicap manis lebih kurang 1 sudu
Rebus sehingga kambing betul-betul lembut
(sentiasa tambahkan air)
4. kemudian bila daging dah lembut, biarkan air tersejat
(air jgn banyak sgt, bg ala kadar cukup)
5. masukkan garam+gula
6. masukkan lada hitam yang ditumbuk
7. masukkan capsicum+bawang besar
8. masukkan garam+gula
SIAP!


Photobucket

Nasi Daging


Hai!
ini adalah resipi nasi daging versi ... erm versi simple mungkin!
dalam gambar nasi daging termasuk air asam + dalca + jelatah ( tapi pakai nanas & bawang saja)
okay here we go

Bahan-bahan diperlukan
[kalau untuk disediakan untuk 3-4 orang]

500 gram Beras Basmatahi
1/4 KG Daging [ bahagian rimau nangis! ]
1 bungkus sup bunjut
1 sudu besar rempah kurma
1 inch halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
mentega/minyak sapi
1/2 cawan tomato soup [heinz] - ini optional
1 cawan susu cair
garam secukup rasa

cara-cara pulak :
1. rebus daging + sup bunjut + serbuk kurma + garam sehingga empuk sakan!
[ air rebusan daging jgn dibuang, diguna balik masa pakai nasik ]
2. sekarang tumis halia, kulit kayu manis, buah pelaga
3. masuk beras [yg telah basuh ] , air rebusan daging.
4. kendian, masukkan tomato soup+susu cair
5. kacau dannnnnnnnn tunggu sehingga siap!

tips lain
1. sukat beras & air.
kalau saya letak beras 2 cup.
air pun 2 cup lebih sikit(sikit saja)

2. saya tumis atas dapur gas
kemudian baru pindah masuk rice cooker.
senang masuk rice cooker ni banding masak atas dapur

kan!
senang dan siap!

untuk dalca dan air asam.
takperlu la sebab maincourse adalah
nasi daging kan.
okay bye!
selamat mencuba.

Photobucket

Wednesday, August 25, 2010

nasi goreng kerabu simple

nasi goreng kerabu mak teh
yang telah saya modify
menjadikannya lebih simple

Bahan-bahan
- 1 tangkai bunga kantan yang dipotong halus
- 2-3 ulas bawang putih (hiris)
- 2 biji bawang besar (hiris)
- 15 biji cili api ( nak pedas, banyakkan lagi)
- ikan bilis yang telah digoreng
- beberapa keping daun limau purut
- sos tiram
- garam secukup rasa
-nasi untuk 3-4 orang makan

cara-cara penyediaan
- panaskan minyak
- tumis bawang putih
- masukkan ramuan seperti (cili api, bawang besar, bunga kantan, sos tiram, daun limau purut)
- masukkan nasi. GAUL
-tambah garam secukup rasa
- kemudian, masukkan ikan bilis, gaul
- siappp!


he he!
okay patutnya ada telur goreng yang digoreng asing .
tapi takmasukkan tadi,
sebab LUPA dan MALAS dah :)
hoho.
dan juga kacang panjang.

tips lain :.
makan dengan papadom . letak mayonis pun lazat. try lah :)
Photobucket