Tuesday, September 28, 2010

Beriyani Ayam + Kambing masak lada hitam


Ini pulak nasi beriyani ayam versi paling simple di dunia!
hehehe.
sebab simple sgt,
maybe
boleh terus kepada cara-cara mungkin?
hehehe
okay lah bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti

1. rempah beriyani maggi yang boleh dibeli di mana-mana sahaja!
2. belakang tu ada bahan yang perlu beli iaitu beras dan ayam saja

lepas tu.
apa yang perlu buat
1. basuh beras. basuh ayam
2. tumis rempah beriyani.
[tapi saya ada modify sikit dengan masukkan bawang putih, bawang merah dan hiris halia sebelum tumis rempah instant beriyani tu]
3. kemudian masukkan beras
4. masuk ayam
5. SIAP!

tips lain= sama!
saya tumis bawang+rempah atas dapur gas
kemudian baru pindahkan masuk rice cooker.

OKAY

disebabkan senang sangat nasi beriyani simple ni
saya share resipi daging kambing masak lada hitam pun simple jugak.

DAGING MASAK LADA HITAM

okay kita pergi kepada bahan-bahan
5-6 biji bawang merah(hiris halus)
300 gram daging kambing
kicap manis cap kipas udang
lada hitam(tumbuk)
air
minyak masak
capsicum(potong empat segi)
bawang besar (potong bulat)
garam+gula secukup rasa

cara-cara
1. tumis bawang merah dalam minyak panas
2. masukkan daging kambing
3. masukkan air dan kicap manis lebih kurang 1 sudu
Rebus sehingga kambing betul-betul lembut
(sentiasa tambahkan air)
4. kemudian bila daging dah lembut, biarkan air tersejat
(air jgn banyak sgt, bg ala kadar cukup)
5. masukkan garam+gula
6. masukkan lada hitam yang ditumbuk
7. masukkan capsicum+bawang besar
8. masukkan garam+gula
SIAP!


Photobucket

No comments: