Showing posts with label Vegetables. Show all posts
Showing posts with label Vegetables. Show all posts

Monday, December 16, 2013

sambal sayur - bila tempoyak dan petai bergabung. meletop! hihi



resepi sambal sayur ni sy amik dari sorang kawan masa sy belajar di perak dulu. kawan sy tu orang pahang. ramai yg suka makan sambal sayur ni, pd yg minat sayur la kan. hehe. kalau tgk gmbr, mmg rupanya sedikit huduh. tp, belum try belum tauu.. hihi...

so here goes the recipe:

bahan
daun kunyit
daun kaduk
petai
tempoyak
bawang besar
ikan bilis
cabai melaka
santan
gula
garam
minyak masak

cara membuatnya
tumbuk bawang besar dan cabai melaka sampai lumat
gaulkan dengan tempoyak
panaskan minyak dalam kuali
tumis/goreng bahan yang dah digaul tadi
godek godek sampai masak
masukkan ikan bilis, gaulkan bg ikan bilis masak skejap
masukkan daun kunyit dan daun kaduk yang dihiris halus
masukkan petai
masukkan santan
gaul sebati
tambah garam dan gula secukupnya
biarkan masak seketika untuk sayur melembut
siap dan sedia dihidangkan..

makan dengan nasi panas dan ikan goreng.
mmg padepoww!
hiuhiuhu.. selamat mencoba! (^.^)

Saturday, July 24, 2010

lontong

ini kuah lontong versi saya.
bagi ramuan kuah lontong

*kobis
*carrot (dipotong bunga bulat-bulat)
*kacang buncis (potong panjang serong)
*terung
*udang
*so'un
*perencah maggi bilis
*kunyit
*garam
*gula
*bawang merah
*udang kering
*so'un
*santan

Cara-cara

1. tumbuk kasar udang kering dan bawang merah

2. rebus semua sayur-sayuran dengan kuantiti air yang tidak terlalu banyak

3. masukkan udang kering dan bawang merah yang ditumbuk tadi

4. masukkan garam-gula-kunyit-perencah bilis secukup rasa. tunggu sehingga sayur rebus elok

5. masukkan udang&so'un .

6. masukkan santan pulak ( api jangan kuat sangat)

kemudian. siapla. senang dan mudah. ekspresss!


potong-potong nasi impit. letakkan kuah lontong dan letakkan sikit sambal tumis bilis..

siap!

untuk sambal tumis bilis ,takpayahla letak resepi :)

By ninananani

Sunday, July 18, 2010

masak lemak labu (gulai lomak labu pun yo jugo)


bahan bahan
labu
udang
cili api
bawang besar
kunyit hidup
santan
air
garam
gula

cara masak
1. rebus labu yang telah dipotong ikut saiz yg disukai dgn sedikit air sampai agak2 empuk
2. masukkan cili api, bawang besar dan kunyit yang telah ditumbuk lumat
3. masukkan santan
4. masukkan udang
5. masukkan garam dan gula secukup rasa
6. biarkan mereneh, kacau sekali sekala, jaga2 jgn sampai pecah minyaknye ye ;)
7. angkat dan hidangkan~

selamat mencoba (^_____^)

(sgt enak bila dimakan bersama sambal tumis ikan sardin dan ikan talang masam! =P~)

(gmbr tu, nmpk kuah mcm terlebih pekat, hmm.. mmg terlebih pekat pun, huhu~)





Friday, May 14, 2010

pUcUK pAKU mASAk lOMAK cILI aPI aLa kAMPUNG


Bahan-bahan


Pucuk Paku

Ikan Bilis

Cili Api - ditumbuk

Bawang Merah - ditumbuk

Serbuk kunyit

Garam

Santan
Air - kalo santan pekat sgt atau pakai santan peket.. @ yg dlm kotak..



Cara memasak

1. Masukkan Bawang, cili, ikan bilis, serbuk kunyit & santan.

2.Kalau kuah pekat sangat tambahkan air.

3. Masak kuah smpi mengelegak.. api jgn kuat sangat.

4. Masukkan garam (jgn byk sgt.. sbb ikan bilis dah masin), kacau2 smpi mengelegak

5. Masukkan Pucuk paku..

6. Masak smpi pucuk paku dah nampak layu.

7. Rasa... sedap tak.. kalau sedap.. totop api.. kalau tak sedap.. buatla apa yg patut..

8. Sedia untuk dihidang


Sukatan utk bahan2.. tak kisah.. resepi campak2 dan rasa .. tak sedap.. repair.. tak sedap lg repair lagik.... hik hik.. tak sesuai utk mereka yg baru pertama kali nak masak atau nak buat juadah utk bakal ibu mertua.. sila cari resepi yg lbh tepat... mgkin Sofea JaNe blh bantu.. sbb dia masak pakai pembaris.. !!.. :D tp series.. Sonang baitu nak masak lauk nih.. !!

Selamat Mencoba~ (^-*)