Tuesday, December 24, 2013

gulai lemak udang dengan belimbing buluh





resepi kali ni sebenarnya diamik dari belog tiffinbiru
tapi diubahsuai sikit mengikut kepada kesesuaian dan keberadaan bahan

dua mggu lepas, ada gathering dengan kawan kawan sekolah.
puan iza, salah sorang kawan, bagi seplastik belimbing buluh
ada dalam dua puluh biji

so diberi cadangan oleh puan faridatul untuk buat gulai lemak ni

and here goes the recipe

bahan-bahan
1/2 kilo udang saiz sederhana
15 biji belimbing buluh
2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit disiat
2 keping asam keping aka asam gelugoq
1/2 kati santan
garam 
gula 

bahan kisar halus / tumbuk lumat
3 biji cabai merah
8 biji cabai melaka
1/2 inci kunyit hidup
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

cara masak
bersihkan udang
belah dua belimbing buluh (tapi tak putus)
masuk udang dalam periuk bersama serai, asam keping, dan bahan tumbuk lumat
gaul dan masak sampai udang berubah warna
masukkan santan
tambah air jika perlu
masuk daun kunyir, garam dan gula secukup rasa
masak api perlahan dan kacau sentiasa
masuk belimbing
masak sekejap
siap dimasak
sedia untuk dihidang

selamat mencoba! :)



1 comment:

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer....