Thursday, July 15, 2010

ChickenPie :)

ini chicken pie dan inti nya di dalam.
baru keluar oven ni.
saya tersilap post pulak di belog personal.
dah kena tegor dengan tuan punya badan ini belog.

hoho okay and ini dia resipi untuk chicken pie versi saya .


untuk inti

ayam dipotong kecil ( 18 pun okey)
bawang besar ( satu didadu, dua dipotong 4)
bawang putih (dihiris halus)
carrot ( dipotong bulat dan nipis)
baby jagung (dipotong bulat)
capsisum( merah and hijau, xkisah. potong dadu)
ubi kentang
bunga kobis
lada hitam
lada sulah
sos tiram
sos tomato
tepung jagung

untuk pastry/doh

saya beli yang readymade saja. buat sendiri , sila rujuk kat resipi lain yea (hoho) i tell yOu, senang kot pakai yang readymade. bau pun menyelerakan.

********************************************************
okay next, cara-cara memasak chicken pie versi saya.
untuk inti
1. tumis minyak dengan bawang putih dan bawang besar(potong dadu)
2. masukkan ayam
3. agak-agak masak masukkan ramuan sayur-sayuran tu
4. letakkan sostiram(besar 50 sen aja), sos tomato( besar 50sen aja), lada sulah dan lada hitam sikit
5. kalau ada mix herbs pun boleh campur sekali** kemudian garam+gula secukup rasa**
6. last sekali,masukkan tepung jagung sedikit untuk likatkan inti tadi. (senang nak buat inti.

okay dah. cara-cara buat pastry takpayah terangkan la kot kan? hihi.
okay cara nak masukkan dalam acuan pastry

1. keluarkan pastry readymade tu dan penuhkan bahagian bawah acuan tersebut.
2. kemudian, letakkan isi inti tadi penuh dalam acuan. kemudian tutup balik isi dengan doh(readymade) tu. lebihan doh boleh dibuat hiasan di atas pastry.
3. last sekali, sapu keseluruan permukaan pie yang belum siap tu dengan kuning telur.

okay settle.
sekarang boleh bakar
panaskan ketuhar pada 170degree.
dan bakar sehingga 20-25 minit
SIAP!

selamat mencuba.

2 comments:

Fazira Albaijure said...

kena control skit jumlah sos tiram yg dimasukkan.. kot2 terlebih masin.. huhu~

n i n a said...

hahahahaha. tapi licin juga!