Wednesday, November 13, 2013

Yong Tau Foo

Assalamualaikum..

nak kongsi resipi Yong Tau Foo..kat pasar malam ada banyak..tapi lagi puas kalau buat sniri kan..snang saja..jom ujikaji~

Bahan2nya :
10 tangkai cili kering - banyak pun bole kalau nak pedas
3 atau 4 tbsp gula melaka
gula biasa dalam 1tbsp
Garam secukup rasa
3 cm belacan

1 sudu besar minyak
11/2 tepung jagung bancuh dengan air


Cara2nya:

1. goreng cili kering dengan minyak. sentiasa alih2 takut dia hangit
2. sambil2 tu..masak gula melaka dengan air agak2 dalam 300ml
3. setelah siap goreng cili dan masak gula, masukkan keduanya dalam blender dan campur belacan.
4. blend sampai mesra dan lumat 
5. tuang hasil blend kita tu kedalam periuk yg kita goreng cili tadi...dan tungguh mendidih
6. tambah gula dan garam ikut sedap rasa
7. masukkan bancuhan tepung jagung
8. kalau nak pekat..masak lama skit..kalau tanak pekat...bole la tutup api.
9. nak sedap, masuk skit minyak bijan dan kacau.
10. SIAP

boleh dimakan dengan apa2 saja fishball, sotongball, kangkung, sotong kembang etc
ps- tabur bijan goreng kasi nampak lagi mengancam.
 
slamat mencuba!
 


1 comment:

fazira said...

ohoii.. sedapnye.. bole torai esok. hehe..