Wednesday, June 6, 2012

emping kerabu - reposting dengan gambar baru~ :)

percubaan kali kedua menghasilkan emping kerabu. hihi. kali ini saya dapat hasilkan dalam masa setengah hari saja, berbanding lima hari pada percubaan kali pertama sebelum ini. haha. apa yang penting? kejesame~ hihi. bukan... determination. yaa.. itu yg penting.. dan juga keizinan dariNya ^.~



bahan-bahan 
emping
kelapa parut
ikan talang masin
udang kering
bawang merah
serai
lengkuas
cili kering
gula

cara menyediakan 
1. emping, kelapa parut, ikan talang masin, udang kering, digoreng kering berasingkan. bawang merah diracik dan digoreng dengan minyak utk dijadikan bwg goreng. kalau malas, leh ja beli yg dh siap kat kedai, hehe
2. mesin/blend kering ikan talang masin, udang kering, dan kelapa parut. (kelapa parut dibiarkan sejuk dahulu sebelum diblend. kalau blend panas nnt jd berminyak mcm kerisik la pulak kan...)
3. blend kering serai dan lengkuas. tumis dgn sedikit minyak (sikit ja.. nk bg naik bau wangi je ok..) sehingga sedikit garing. (api maintain kecik je ok..)
4. masukkan emping yg telah digoreng dan gaul rata.
5. masukkan cili kering yang telah dipotong kecik2 (gunting lg senang kot...~) dan gaul rata.
6. masukkan ikan talang masin dan udang kering yang telah diblend dan gaul rata.
7. masukkan kelapa parut yang telah diblend dan gaul rata.
8. masukkan bawang goreng dan gaul rata.
9. masukkan sedikit gula dan gaul rata (lagi!)
10. dah confirm sedap, bleh la ditotop apinya dan biarkan sejuk skit sebelum simpan dlm bekas.
11. sedia dimakan begitu saja sebagai appertizer atau sebagai jajan (^___^)

*fuhh.. dh lama tak hapdet belog ini. kawan² sekalian, ayohlah posting lagi. kerna sy pasti kalian mmg rajin memasak, cuma tak brp rajin nk amik gmbr makanan dan kongsi resepinya di sini ;P

No comments: