Wednesday, October 9, 2013

grilled salmon - inspired by hanamemories


inspired by hanamemories punya resepi dan cara hiasan, ai buatkan sepinggan untuk mak ai sempena sweet 62 dia hari ni. hek hek. (gmbr kiri dr hana, kanan, sy punya plating :P)

heppi sebedayy to yuu mama. sorila jamu ikan saja. mlm nnt kita mkn kambeng. hiuhiuhiu..

resepi pun copy paste dari hanamemories. maaf ya hana, tapi resepi mu mmg sedap ;)

Bahan-bahan
3 keping ikan salmon
1 sudu besar butter
1 sudu besar minyak zaitun
garam lada hitam

Bahan-bahan untuk sos putih
2 sudu besar butter
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

Cara-cara Penyediaan sos putih:
Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan.
Matikan api dan diketepikan.

Cara penyediaan ikan:
Lumur ikan dgn garam dan lada hitam.
Panaskan butter dan minyak zaitun. (tujuan minyak zaitun adalah utk mengelakkan butter menjadi hangit apabila cair, jika tiada guna minyak biasa).
Grill hingga ikan masak.
Hidangkan ikan dengan sos putih tadi dan juga sayur2an rebus/kukus spt brokoli, carrot dan asparagus dan juga hirisan lemon.

simple yet scrumptious ^^

slmt mencoba!!!

No comments: